January 10th, 2013

Baru semalam Top 5 ABPBH2012 diumumkan, kontroversi telah pun bermula. Ini semua gara-gara nama Neelofa tercalon untuk 3 kategori. Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa kali ini termasuk di dalam 5 finalis untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

neelofa abpbh2012

Antara komentar yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara di entri Senarai Top 5 Kategori Utama ABPBH 2012 mempersoalkan filem yang dilakonkan oleh Neelofa. Sepanjang tahun 2012, Neelofa hanya memegang watak utam untuk filem Azura dan yang lain hanyalah watak sampingan. Filem Azura pula mendapat kutipan yang agak teruk.

neelofa
Malah ada yang tidak berpuas hati kerana drama-drama lakonan Neelofa tidak begitu banyak. Kalau ada pun, hanya sebagai watak sampingan dan bukannya utama. Begitu juga dengan pengacaraan di mana mutu pengacaraan Neelofa di dalam Nona dan Meletop dipertikaikan oleh peminat.

lofa

Ada pembaca yang membuat spekulasi Neelofa mengundi diri sendiri. Namun Abang Nara tak rasa begitu. Kita harus faham bahawa ABPBH ialah mengenai populariti dan bukannya jumlah filem/drama/rancangan TV yang seseorang artis itu keluar. Jadi bagi Abang Nara, tahun 2012 memang populariti Neelofa melonjak tinggi kerana kontroversi yang tercipta. Apa pula kata anda?


Comments are closed.

Loading...