Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tercalon Dalam Tiga Kategori ABPBH 2015 : Abam Buktikan Saiz Badan Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Tentu anda masih ingat dengan ucapan “Gemuk Is Awesome” ketika Abam Bocey menjadi pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2014.

Tahun ini, Abam mendapat pencalonan tertinggi  apabila tercalon dalam tiga kategori sekaligus. Buat Abam, segala cabaran dan usaha beliau dalam industri hiburan amat berbaloi.

Advertisement

Buat Abam, beliau juga sudah membuktikan bahawa selebriti berbadan besar juga mampu bersaing dengan nama-nama popular lain dan berada seiringan dengan mereka.

Bukan senang menjadi orang berbadan besar. Kami tidak seperti orang biasa yang lain. Sebagai contoh, apabila saya berada di atas pentas, perkara pertama yang dirisaukan ialah bagaimana jika pentas tempat saya berdiri itu roboh? Takut juga jika ia tidak dapat menampung berat badan saya.

Mempunyai saiz badan yang besar membuatkan diri cepat berasa penat. Saya perlu menguruskan jadual untuk berehat setidak-tidaknya sehari selepas dua hari bekerja kerana cepat penat. Apabila benda-benda kecil seperti ini berlaku, ia membuatkan golongan seperti saya mudah berputus asa.

Apabila mendapat tiga pencalonan, ditambah pula hakikat perlu bersaing dengan ramai lagi selebriti lain, saya anggap ia sudah pun menjadi kemenangan untuk saya selepas melalui susah-senang sebagai anak seni.

Abam juga merasa terharu dengan peminatnya yang sanggup menyokong beliau dengan mengundi dirinya sehingga tercalon dalam kategori Top 5 ABPBH 29.

Advertisement

Menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Abam bersaing dengan Remy Ishak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip. Manakala Amir, Ebby Yus, Shuib dan Zulin Aziz pula menjadi pesaingnya dalam kategori Artis Komedi Popular. Bagi Artis Versatil Popular, beliau dicabar oleh Ajak (Shiro), Awie, Didie Alias dan Ifa Raziah.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top