Tercalon Anugerah Puskas FIFA 2016, Gol Lencong Faiz Subri Disenarai 10 Terbaik Dunia

Trending

Tercalon Anugerah Puskas FIFA 2016, Gol Lencong Faiz Subri Disenarai 10 Terbaik Dunia

Gol lencong yang dihasilkan dari sepakan percuma oleh pemain skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri telah tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Advertisement

Berita gembira itu dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang di laman Facebooknya pada malam Isnin.

“Sah!. Gol jaringan Faiz Subri telah tersenarai bersama sembilan lagi jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Tahniah,” tulis pasukan itu.

Di laman web FIFA pula, nama Faiz Subri bersama video golnya sudah dimuat naik dan orang ramai sudah boleh mengundi di laman tersebut di pautan https://goo.gl/KdbMi6.

Faiz Subri bakal bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia antaranya seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...