Tercabar Maxis, Celcom Dan Digi Berhasrat Bergabung Aset

Teknologi

Tercabar Maxis, Celcom Dan Digi Berhasrat Bergabung Aset

Pemegang saham terbesar Digi.Com Bhd (Digi), Telenor Group sedang mengadakan perbincangan bersama Axiata Group Bhd berhubung potensi menggabungkan aset telekomunikasi dan infrastruktur di Asia di bawah entiti baharu (MergeCo).

Lembaga Pengarah Digi telah dimaklumkan perkara itu, yang akan menyaksikan TelenorGroup memegang kepentingan majoriti dalam MergeCo yang dicadangkan.

Advertisement

Dipetik dari The Edge Market hari ini, kedua-dua telco gergasi ini sedang berunding untuk menggabungkan operasi di Asia.

Dalam satu kenyataan hari ini, DiGi berkata penggabungan antara Telenor dan Axiata akan melalui entiti yang digabungkan (MergedCo), di mana Telenor akan mengambil alih kepentingan majoriti.

Dijangkakan bahawa Telenor, berdasarkan nilai ekuiti, akan memiliki 56.5%, MergeCo dan Axiata akan memiliki 43.5%, dengan kedua-dua pihak mengakui bahawa ini adalah subjek awal penyesuaian dan usaha wajar.

Berdasarkan laporan daripada The Edge Markets, perbincangan ini turut melibatkan jumlah pegangan saham serta rangkaian yang ditawarkan Axiata dan Telenor di beberapa buah negara melibatkan Indonesia, Thailand, Kemboja dan Sri Lanka.

Dalam kenyataan kepada Oslo Stock Exchange hari ini, Telenor mengumumkan bahawa potensi aset telekomunikasi dan infrastruktur yang digabungkan itu disasar mewujudkan sebuah syarikat telekomunikasi Pan Asia yang utama dan pelbagai, dengan operasi di sembilan negara hampir satu bilion penduduk serta 300 juta pengguna.

Penggabungan juga akan menjadi salah satu syarikat infrastruktur mudah alih terbesar Asia yang mengendalikan kira-kira 60,000 menara seluruh Asia.

Bagaimanapun, tiada jaminan bahawa perbincangan ini akan menghasilkan sebaran perjanjian urus niaga antara semua pihak,” kata Digi dalam satu kenyataan.

Lembaga Pengarah Digi sudah dimaklumkan bahawa Telenor dan Axiata akan berbincang ke arah memuktamadkan perjanjian berkenaan menjelang suku ketiga 2019, susulan penilaian wajar yang berkaitan.

Laporan ini dikuatkan lagi apabila Celcom dan Digi pada pagi ini menggantung sementara perdagangan di Bursa Malaysia dimana ramai yang mengaitkannya dengan gabungan dua jenama besar ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...