Terbukti Tidak Bercinta, Zulin Aziz Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Ahya Rosli Lagi

Hiburan

Terbukti Tidak Bercinta, Zulin Aziz Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Ahya Rosli Lagi

Sebelum ini, Zulin Aziz dan Ahya Rosli dikatakan mempunyai hubungan istimewa oleh segelintir Netizen. Hubungan mereka berdua dikatakan rapat setelah Ahya menjadi jurulatih peribadi untuh Zulin.

Bagaimanapun, Ahya baru-baru ini diliha mengerjakan umrah bersama penerbit drama Datuk A. Aida, dan wanita itu tidak menafikan dia dan Ahya mempunyai hubungan istimewa. Lantas, bagaimana pula dengan Zulin?

Advertisement

Zulin memberitahu Harian Metro:

Saya lihat Ahya dan A Aida begitu secocok. Barangkali ketika sama-sama mengerjakan Umrah baru-baru ini mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lagipun jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. A Aida juga baik dengan keluarga Ahya.
Siapapun pilihan Ahya pasti dia mempunyai alasan tersendiri. Mungkin Ahya ‘terpikat’ dengan A Aida kerana sifat matang serta pandai mengambil hati keluarga.

Zulin juga meminta semua pihak tidak bertanya lagi kepadanya mengenai Ahya:

Saya harap jangan ada pihak yang bertanya atau komen mengenai hubungan kami. Kadangkala saya lihat netizen gemar membuat spekulasi mengenai setiap gambar dan video yang dimuat naik.

Saya tidak pernah sekalipun membuat kenyataan berkawan rapat apatah lagi putus cinta dengannya. Cuma tidak dinafikan ada pihak yang suka melihat kami bersama kerana sering bertemu sebagai kawan baik serta dia bertindak sebagai jurulatih peribadi saya.

Jujur apa yang berlaku antara kami sangat memberi kesan kerana mereka beranggapan saya menjalin hubungan dengannya sedangkan saya sudah hampir tujuh tahun hidup solo.

Saya bimbang jika setiap lelaki yang saya berkawan akan ingat saya mempunyai hubungan istimewa.

Berilah saya masa untuk mengenali hati budi seseorang dan jangan membuat andaian tidak betul. Jika saya sudah menemui teman lelaki saya tidak akan merahsiakannya.

Sebelum ini, ada yang mengatakan Zulin dan Ahya bercinta malah ibu Ahya, Normah Damanhuri oernah berkata sedia menerima Zulin sebagai menantunya. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...