Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terbit Filem Komedi Baik Punya Ah Long, Janji Afdlin Shauki Kepada Allahyarham Din Beramboi Tercapai

Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki telah dilihat berkongsi cerita dan pengalaman setelah tamatnya penggambaran filem terbaru bawah arahannya yang bertajuk Baik Punya Ah Long.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan ini menjelaskan bahawa dia gembira apabila impiannya untuk menerbitkan filem komedi ini telah telah termakbul dan direalisasikan.

Advertisement

Dia dalam pada itu sempat memberitahu bahawa dirinya pernah berjanji dengan rakan pelawak senangkatannya dahulu iaitu Allahyarham Din Beramboi untuk menghasilkan filem komedi buat penonton.

View this post on Instagram

Aku di celah lobang!! …. pengalaman yang yg penuh dugaan yg tak boleh di lupakan. Filem Baik Punya Ah Long adalah karya yg ku tulis sudah lebih kurang 8 tahun lamanya. Tak sangka impian untuk merealisasikan filem ni akhirnya menjadi kenyataan. Kadang kadang aku tertanya buat filem ni untuk apa sebenarnya. Banyak sebabnya, untuk dikongsikan semua. Tapi antaranya, janji kepada arwah din beramboi, rindu bercerita pada penonton cerita-cerita pelik aku yg menghiburkan. Lama tak melepaskan pandangan terhadap isu isu sosial yg sedang berlaku di negara ini. Tq Astro Shaw dan Petra Vision Works atas kepercayaan ini. Sekarang ni jom kita fikirkan tentang masaalah panggung pulak dan bagaimana nak mempertontonkan filem filem ini. #baikpunyaahlong #astroshaw #petravisionworks

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

“Tak sangka impian untuk merealisasikan filem ini akhirnya menjadi kenyataan. Kadang-kadang aku tertanya buat filem ini untuk apa sebenarnya. Banyak sebabnya untuk dikongsikan kepada semua. Tapi antaranya, janji kepada arwah Din Beramboi, rindu bercerita pada penonton cerita-cerita pelik aku yang menghiburkan..”

Advertisement

Afdlin dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Shaw dan Petra Vision Work di atas kepercayaan mereka kepadanya dalam menghasilkan filem tersebut.

View this post on Instagram

Nasi lemak dan kami berpisah tiada! #baikpunyahlong #baikpunyaahlongmovie #astroshaw #petravisionworks #kopibadang

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Mengimbas kembali, Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 2010 yang lalu akibat terkena jangkitan tikus.

Difahamkan filem Baik Punya Ah Long bakal menampilkan beberapa pelakon popular seperti Zizan Razak, Carmen Soo, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama