Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terbit Filem ‘Bab*’, Persatuan Seniman Malaysia Mahu Namawee Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap seorang penyanyi rap dan juga pengarah filem, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namawee berikutan tindakannya menerbitkan filem kontroversi berjudul ‘Babi’ dan didakwa telah memalsukan dokumen permit Sijil Perakuan Penggambaran (SSP).

Hafiz Nafiah selaku Setiausaha Agung SENIMAN yang ditemui media turut menggesa agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Namawee yang telah menerbitkan filem berunsurkan perkauman itu.

Difahamkan, Namawee telah bertindak memalsukan dokumen ketika membuat permohonan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).Dia pada mulanya menggunakan frasa ‘Sekolah’ sebagai tajuk filem namun telah menukarnya kepada ‘Babi’ tanpa melalui proses permohonan sekali lagi.

Advertisement

Selain itu, pihak SENIMAN juga ingin memohon agar pihak berkuasa menahan dan menyiasat Namawee kerana perbuatannya yang bertindak menerbitkan filem-filem berunsurkan perkauman dan krisis kaum di Malaysia.

Tambah Hafiz lagi, SENIMAN berasa kesal kerana filem Babi telah pun ditayangkan di luar negara sekali gus mencalarkan imej serta maruah tanah air di mata dunia.

Sekadar info, Filem Babi telah ditayangkan di Taiwan pada 20 November yang lalu dan turut tercalon dalam empat festival filem antarabangsa iaitu Open World Toronto Film Festival, Around International Film Festival Berlin, International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival.

Babi mengisahkan kejadian sebenar mengenai keganasan dan rusuhan kaum yang berrlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia pada tahun 2000 yang lalu.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    December 15, 2020 at 3:29 pm

    org melayu ni mmg alergi dgn babi…ko maki org, pggl org babi tak pe pulak..bila org lain guna perkataan babi ko nk mrh..mmg babi punya seniman…

  2. MISS SNIPER

    December 15, 2020 at 11:40 am

    KAK NANI. GELI LA NK CKP MCM MELAYU. MELAYU TAK MCM NI. KAUM DIA JE YG MCM NI. CAMPAK JE KT NEGARA NENEK MOYANG DIA DULU. CHINA! DDUK MALAYSIA NI BUAT APE?

  3. K.nani

    December 12, 2020 at 2:54 pm

    Muka dia mcm melayu. Peranakan kot.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top