Sudah sah bergelar isteri kepada Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengakui masih lagi menyesuaikan diri dengan kehadiran suami di sisi.
Terbiasa hidup sebagai ibu tunggal, Fasha berkongsi momen mencuit hati beliau pernah terlupa beliau sudah berkahwin dan suaminya ada di sebelah semasa bangun tidur.
Memandangkan saya sudah tiga tahun lima bulan menjadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa ada suami di sebelah semasa bangun tidur. Saya lupa selepas bangun tidur kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi.
Apabila ingat balik momen itu saya hanya mampu tergelak sendiri. Itulah kejadian yang buat saya ketawa sampai sekarang, sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur.
Biasalah tu, mula-mula memang banyak benda yang harus adaptasi semula. Namun, dengan rasa cinta dan sayang percayalah nanti akan lebih selesa bersama.