Terbeliak Biji Mata Tengok Harga ‘Review’ Cik Epal, 4 Jam ‘TikTok Live’ RM100K – “Untuk Duta Brand Start RM250K”

Trending

Terbeliak Biji Mata Tengok Harga ‘Review’ Cik Epal, 4 Jam ‘TikTok Live’ RM100K – “Untuk Duta Brand Start RM250K”

Ramai netizen terkejut selepas mendapat tahu harga dikenakan oleh pempengaruh dan usahawan yang kini trending, Cik Epal selepas dia berkongsi di Instagram baru-baru ini.

Menerusi Instagram story, Cik Epal mendedahkan harga sebenar yang dikenakan olehnya berdasarkan pakej dan media sosial berbeza malah turut berkongsi bayaran untuk menjadi duta jenama sekiranya ada yang berminat menggunakan khidmatnya.

Advertisement

Berdasarkan perkongsian itu, Cik Epal mengenakan caj sebanyak RM30,000 untuk satu hantaran di Instagram manakala RM20,000 pula bagi satu hantaran di Instagram story.

Sementara itu, jika ada yang berminat untuk menjemputnya untuk membuat live bersama di TikTok pula Cik Epal mengenakan caj sebanyak RM50,000 bagi masa 2 jam dan RM100,000 untuk 4 jam.

komen netizen rate Cik Epal

 

Buat kerja all out

Bagi jenama yang mahu mengambilnya menjadi duta pula, ibu kepada Han dan Yuki itu mengenakan harga bermula dengan RM250,000.

Dengan 643,000 pengikut di Instagram, Cik Epal yakin harga yang diletakkannya berbaloi dengan komitmen yang diberikan olehnya dan berkata dia sejenis orang yang bekerja ‘all out’.

Yang pernah bekerja dengan aku akan tahu aku buat kerja all out macam mana.Kalau berminat, DM aku sentiasa terbuka.

komen netizen rate Cik Epal

 

Netizen terkedu

Dalam pada itu, ramai netizen terkedu selepas mendapat tahu bayaran yang dikenakan oleh pempengaruh tersebut terutamanya harga bagi TikTok live iaitu sebanyak RM100,000 bagi tempoh 4 jam sahaja.

Pendedahan Cik Epal itu mencetuskan pelbagai reaksi di mana ada yang tertanya sekiranya harga tersebut berpatutan dan sekiranya laporan boleh dibuat.

Sementara itu, segelintir individu pula berpendapat mungkin dia mengenakan harga yang tinggi kerana mempunyai maksud yang tersirat iaitu enggan membuat kerja review atau menjadi duta.

Tak silap haritu dia ada kata dia memang malas nak buat review atau jadi duta. So dia buatlah macam kalau org nak dia jadi duta dia letak harga 250k. Maybe kononnya harga tak masuk akal so org tak amik dia. Tapi ada pula org sanggup bayar.

komen netizen rate Cik Epal

cik epal
2 weeks ago

"Cepat Sikit Kahwin, Boleh Cepat Buat Anak Baru. Tak Payah Guna Han & Yuki Lagi.." - Cik Epal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...