Drama Cinta Ibadah yang sedang ditayangkan di stesen televisyen swasta tempatan adalah antara drama yang mempunyai jalan cerita yang panjang di Malaysia. Mempunyai peminat yang tersendiri, ramai yang terbawa-bawa dengan watak dalam Cinta Ibadah sehingga ke alam realiti.
Antara yang terkena tempias kerana ketaksubkan penonton adalah Sherry Ibrahim dimana beliau telah dimaki hamun kerana karakter Dr Irma yang pada mulanya digemari ramai kerana mempunyai sifat yang baik dan sekarang watak itu dilihat sebagai penghancur rumah tangga Hafiz, Siti dan Rina yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Aishah llias.
Tidak dapat tahan dengan segala kata cacian daripada peminat fanatik mahupun haters, Sherry dalam status terbaru di Instagram meminta agar orang ramai berhenti memarahi serta mengeluarkan kata-kata tidak enak kepada beliau kerana watak didalam drama sama sekali tidak sama di alam realiti.
Assalamualaikum. This one sherry nak dedicate kepada semue peminat fanatik ataupun haters #cintaibadah . DR IRMA hanya lah character/watak dari skrip yang dah tertulis. Jadi kat sini sherry nak pesan kpd korang jgn lah sampai nak marah2 atau menggunakan bahasa kesat kat sini atau relatekan bende tu pd realiti. Reality nye sangat lain which tak perlu untuk Sherry justify atau nak reply satu2 comment yang tak berape sopan. Harap haters paham okay. Cause I’m human and I have feelings too . TQ .#takperluemoemoplease #doakanyangbaik2aja
Kesian juga kami lihat Sherry Ibrahim dimaki hamun, memang sukar untuk gambarkan perasaan beliau. Namun, pandanglah daripada sudut positif dimana anda sudah berjaya menghidupkan watak Dr Irma dan lakonan anda itu cukup terkesan kepada sesiapa yang menontonnya. Stay strong Sherry.
Sumber Berita: Instagram Sherry Ibrahim
tke yg pes ke pat sini ?
Pada yang maki hamun Sherry sebab watak dia, mmg tak masuk akal nak terbawak2 comment dkt ig bagai..
Pada Sherry, itu da menunjukkan lakonan u menarik hati perhatian penonton .. take it positively. tu je
Ewww..Datang dari mana penonton yg maki hamun tu? Dari laut dalam ke.
Tak pernah tengok tv agaknya.
Bodohnya, itu hanyalah watak dalam drama je pun.
ko dh tak masok drama tb3 kl 7 pon ko masih pemes. masih dpt perhatian media. bguslah mcm tu. bukti drama sendu astro pon masih ada yg tgok.lol
Dah makin melalut drama ni..yg sebelum ni ok jadi iktibar..tapi bertambah buruk tauladan yg ditunjukkan..ada pulak seorg isteri boleh keluar dgn lelaki lain..alasan nk bg org benci..nnti mati org x terasa kehilangan..patutnya nk mati sakit kanser..tmbahkn ibadat..kurangkan buat dosa..cinta ibadah konon..cinta kejadah yg betulnya..
Hek eleh over je. Bende cmtu ko layan kan buatpe. Ko tgk Ramona Zamzam bwk watak jahat pun salu org benci dan geram dgn watak antagonist dia tapi lek je dia. Ramona pun salu org marah2 makii2 watak dia tapi takde pun camni. Pendek cite jgn melatah, take it positive sudeyhhh.
Believe or not..nver once pn watch this drama.x trasa nk tgk pn..cma pelikk knp x hbs lg drama ni dah mcm sinetron indon dah.
aku rasa org maki dia bukan sbb watak tu… tapi wakil kan dia suruh berhentikan tayangan cerita tersebut.
cerita mengarut!!!
jaln cerita x sesuai dgn tajuk!.
cerita paling merEPIC abad ini
owg gile jer yg leh fanatik bl tgk cite nie pasal jln cite pn mmg utk owg giler..aku baru tgk 1 episode pn dah rase diperbodohkan. wooiiii!!! sedarlah wooiii!!
giler punya cerita,beratus episod,asal pancut je tukar muka,asal pancut je tukar muka lain.betul ngarut itu drama.
isy..kalau nak cakap omputih, cakap je la semua omputih. yg nak campur aduk ngn bahasa melayu dah kenapa??
Aku nengok info je kat astro remote.dah tau cerita sampah.cinta haramjadah,kemaruk celah kangkang je lebih.perosak generasi.