Susulan penafian daripada pihak The Curve dimana mereka tidak menerima sebarang laporan kes penculikan, Zahirah MacWilson telah mengeluarkan kenyataan baharu berhubung perkara tersebut.
Zahirah menerusi akaun Instagram berkata, beliau cuba di culik ketika berada di perkarangan The Curve dan bukannya di tempat letak kereta aras bawah pusat membeli-belah tersebut.
Jelas Zahirah, setiap kenyataan sebelum ini hanyalah cerita tidak betul yang ditokok tambah oleh beberapa pihak tertentu.
Menurut Zahirah, selepas kejadian tersebut beliau telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak pengurusan The Curve dan meminta agar mereka mempertingkatkan lagi keselamatan di premis mereka meskipun kes penculikan itu tidak benar-benar berlaku di bangunan The Curve.
Zahirah harap dengan penjelasan panjang lebar di atas, tiada lagi pihak yang akan memutar belitkan cerita ataupun salah faham dengan apa yang berlaku.