(TERBARU)Konsert Beyonce Di Malaysia Kena Postpone

Hiburan

(TERBARU)Konsert Beyonce Di Malaysia Kena Postpone

beyonce concert postponed

Ciannya kat Beyonce dan fan-fan Beyonce kat Malaysia nie. Berita terbaru yang kami dengar menyatakan konsert Beyonce kat Malaysia telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan lagi. Selalunya kalau macam nie, sama ada kena tunda sampai tahun depan ataupun Beyonce compem akan merajuk taknak datang wat konsert kat Malaysia lagi.

Advertisement

Sebab utama konsert Beyonce ditunda ialah tunjuk perasaan daripada parti PAS. Semestinya imej Beyonce yang seksi, pakai baju tak cukup kain dan percampuran antara lelaki dan perempuan adalah antara reason-reason konsert Beyonce nie dibantah oleh PAS. Sebelum nie pun, PAS telah berjaya menghalang Avril Lavigne untuk membuat konsert di Malaysia.

Hmmmm. Kami tak berani nak cakap sama ada kami sokong atau pun tak penundaan konsert nie. Susah nak cakap sebab negara kita nie bukannya orang Melayu Islam jer yang tinggal. Ramai  jugak yang bangsa-bangsa Cina dan India yang dah beli tiket untuk tengok konsert Beyonce nie. Jadi tak boleh salahkan diorang kalau diorang bengang tahap gila-gila konsert nie ditunda. Almaklumlah bukan senang artis taraf international nak datang wat konsert kat Malaysia.

So, apa pendapat korang semua? Wajar ke tak wajar konsert nie ditunda? Memang tak sesuaikah Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk menganjurkan konsert sebegini sedangkan negara kita berbilang kaum? Nak gak tau pendapat korang semua. Meh kita bergosip sikit secara berilmiah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...