Terbaru Jam Tangan Apple Siri 6 WatchOS 7 Mempunyai Aplikasi Kesihatan

Trending

Terbaru Jam Tangan Apple Siri 6 WatchOS 7 Mempunyai Aplikasi Kesihatan

Setiap tahun, peminat iPhone pasti akan tidak sabar menanti keluaran Apple terbaru bukan? Kini Apple sedang membuat perubahan besar dalam peranti baharu mereka.

Sibuk diperkatakan ketika ini, syarikat Apple mungkin akan memperkenalkan jam tangan pintar siri 6 mereka iaitu Apple WatchOS 7 dengan menyertakan bersama-sama aplikasi kesihatan.

Advertisement

Apa yang anda akan dapat jika aplikasi kesihatan diletakkan pada pergelangan tangan anda?

Mengesan jumlah oksigen dalam darah

Terdapat satu lagi penambahan penting yang dilakukan oleh Apple pada jam tangan WatchOS 7. Ciri-ciri baru yang terdapat dalam versi awal iOS 14 menggambarkan pemberitahuan tekanan darah dalam badan dan pemberitahuan semasa untuk kadar denyutan jantung.

Aplikasi yang digunakan oleh Apple untuk mengira degupan jantung adalah plethysmograph, yang secara teknikalnya mampu mengukur paras oksigen darah dengan cara yang sama dengan beberapa produk lain seperti jam tangan Garmin.

Ciri pengesan tidur

Berita tentang Apple Watch sleep tracking ini telah sibuk diperkatakan oleh orang ramai sejak beberapa bulan lalu dan sebelum pengumuman jam tangan Apple siri 5 ini lagi. Ramai yang menebak bahawa aplikasi unik ini akan datang bersama jam tangan siri terbaru tersebut. Dikatakan ia bakal disertakan dengan kemudahan yang membolehkan kita memasukkan matlamat tidur peribadi bagi meningkatkan kualiti tidur pengguna.

Ciri memantau anak-anak 

Apple sedang membangunkan keupayaan dalam menguruskan Apple Watches untuk kanak-kanak menggunakan iPhone induk, atau lebih dikenali sebagai kawalan ibu bapa. Ibu bapa dapat mengawal apa sahaja maklumat yang tersedia seperti penerimaan muzik dan sebagainya. Selain itu, ada satu lagi ciri kawalan ibu bapa yang baru, yang dipanggil “Schooltime”, ia akan membiarkan ibu bapa menguruskan aplikasi yang boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti di sekolah.

Namun sehingga kini kita masih lagi tidak tahu bila Apple akan melancarkan jam tangan terbaru ini, memandangkan wabak COVID-19 menjangkiti persidangan teknologi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...