Terbang Kelilingi Kuala Lumpur Dari Lapangan Terbang Subang Serendah RM800

Travel

Terbang Kelilingi Kuala Lumpur Dari Lapangan Terbang Subang Serendah RM800

Kebiasaannya, kita akan meraikan hari lahir dengan sambutan yang istimewa dan mendapat hadiah daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Ada juga yang memilih untuk bercuti atau berjalan-jalan di sekitar ibu kota untuk meraikan hari istimewa mereka itu.

Advertisement

 

Namun berbeza pula dengan kejutan hari lahir yang diberikan oleh seorang individu ini kepada adiknya.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, dia memberitahu dia ingin membuat kejutan untuk adik lelakinya dengan menaiki pesawat ringan.

bawa adik naik pesawat ringan

Pada awalnya, mereka merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan si adik sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Tanpa banyak bertanya, adiknya hanya mengikuti sahaja langkah abang-abangnya sehinggalah dia merasa pelik selepas seorang individu datang menghampiri dan membawa mereka masuk ke dalam kawasan berlepas.

Mereka kemudiannya diterbangkan menggunakan pesawat ringan jenis Cessna 172 yang dikendalikan oleh Mr Andreas dari Jerman.

pesawat ringan bawa pusing KL

Kita pusing KL dengan cara yang lain daripada yang lain, untuk perjalanan hari ini kita akan dibawa untuk pusing area KL selama 30 minit.

@holla.heyyo Pusing KL tak guna penggangkutan darat?? Jom try cara lain dari yang lain!! @Kadang Kadang studio #jangantuatanpacerita #pusingkl #flight #travelmalaysia #traveltiktok #cessna172 #malaysiatiktok ♬ Walking Around – Instrumental Version – Eldar Kedem

Difahamkan, ia mempunyai pakej yang berbeza iaitu 1 jam dengan harga RM1,400 dan 30 minit dengan harga RM800 untuk sebuah pesawat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 month ago

‘First Time’ Nak Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Patut Tahu Sebelum Naik Kapal Terbang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...