Terbang Ke Hong Kong Dengan AirAsia, Tunjuk Boarding Pass, Dapat Diskaun Hebat!

Hiburan

Terbang Ke Hong Kong Dengan AirAsia, Tunjuk Boarding Pass, Dapat Diskaun Hebat!

Hong Kong mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk melancong terutama mereka yang ada anak-anak. Ada yang merancang nak melancong ke Hong Kong?

Jika ada, kami sarankan anda pergi antara 1 Mei hingga 30 Jun 2018 kerana pada tarikh ni boleh jimat banyak, lagi-lagi kalau anda merancang bercuti bersama keluarga!

Advertisement

Kami senaraikan pelbagai tempat menarik di Hong Kong yang ada diskaun dan boleh masuk secara percuma jika menunjuk tiket penerbangan semasa membuat pembelian tiket masuk.

1) Dukling

Dukling menjadi tempat tumpuan kerana mempunyai cruise, restoran terapung, tempat memancing ikan, dan juga rumah terapung.

Foto kredit : http://www.discoverhongkong.com

Tunjuk boarding pass anda semasa membeli tiket. Beli satu tiket dan dapatkan satu lagi percuma untuk orang dewasa manakala kanak-kanak dapat tiket percuma. Anda juga boleh menikmati 20% diskaun untuk barangan cenderamata.

2) Madame Tussauds Hong Kong

Madame Tussauds merupakan sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia. Dengan pembelian 1 tiket dewasa, boleh dapat 50% diskaun untuk tiket yang kedua dan percuma 1 keping gambar serta gambar 6R.

3) Ngong Ping 360

Foto kredit http://www.discoverhongkong.com

Ngong Ping 360 adalah tempat yang sangat sesuai untuk meneroka Pulau Lantau. Perlu menaiki kereta kabel selama 25 minit dari Tung Chung. Anda boleh dapatkan tiket masuk Free Motion 360 secara percuma dengan pembelian tiket pergi balik Crystal Cabin di Terminal Tung Chung Cable Car.

4) Noah’s Ark Hong Kong

Noah’s Ark Hong Kong merupakan tempat dimana terletaknya replika bahtera Nuh didunia yang sangat popular dikalangan pengunjung tempatan dan juga antarabangsa. Dengan pas masuk AirAsia, anda akan menerima 30% diskaun untuk tiket masuk.

5) Sky100 Hong Kong Observation Deck

Boleh melihat pemandangan Hong Kong di Sky100. Dengan pembelian tiket 2 tiket dewasa, dapat percuma 1 tiket kanak-kanak dan juga 50% diskaun untuk pengalaman 360 VR untuk kanak-kanak.

6) Jumbo Kingdom

Dapatkan 12% diskaun untuk menjamu selera menu ala carte sambil menikmati pemandangan di Restoran terapung di Hong Kong.

7) PLAY HK POP

Inginkan sesuatu yang unik? Saksikan konsert hologram pertama di Hongkong!. Dengan pembelian tiket 2 tiket dewasa, dapat percuma 1 tiket kanak-kanak (3-11 tahun) atau diskaun 20 % tiket masuk.

8) Chocolate Museum of Hong Kong

Rugi kalau ke Hong Kong tapi tak pergi Muzium Coklat. Anak-anak anda pasti menyukainya.

Foto Kredit : https://www.tripzilla.id

Dapatkan diskaun sebanyak 25% untuk tiket masuk, diskaun 15% untuk sesi Kelas Coklat dan juga lain-lain aktiviti di Muzium Coklat.

9) Hong Kong Tramways

Merupakan train yang mempunyai 6 laluan yang sering digunakan pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dapatkan 20% diskaun untuk pelancong berkeluarga apabila membuat tempahan secara online dengan menggunakan kod “FAMFUN20” di SINI.

Jadi, bagi anda yang dah merancang ingin melancong ke Hong Kong pada tarikh 1 Mei – 30 Sep 2018, boleh buat tempahan tiket AirAsia sekarang sehingga 22 April 2018 di SINI. Tiket bermula serendah RM179 tau!

Murah, dan lebih jimat. Memang rugi kalau tak ambil promosi ni. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman web www.discoverhongkong.com


https://cdn.innity.net/ca.js

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 23263, adID: 209492, readID: 209493});
});

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...