Melalui laporan portal hiburan popular, pelakon, Nora Danish telah pun menjual semua kasut miliknya yang tidak lagi dipakai dalam tempoh sehari.
Berjaya jual semua kasut terpakai dalam masa sehari
Menurut Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, kasut-kasut yang dijual itu dibeli oleh pengikutnya di media sosial dan dia juga menjual dengan harga yang berpatutan.
Semua kasut-kasut saya yang tidak dipakai sudah terjual, dalam masa sehari sahaja. Tak sangka, ramai pula yang berminat untuk beli kasut-kasut saya.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, aktres itu turut meluahkan rasa terkejut perkongsiannya mengenai mahu menjual kasut selepas membaca surah al-Hutamah tular di kalangan warganet.
‘Lepas ni jual atau sedekah koleksi jubah yang banyak..’
Katanya lagi, niat dia hanya mahu berkongsi kepada orang ramai memandangkan surah itu menceritakan golongan yang dihumban ke dalam neraka kerana menyimpan harta dunia melebihi kepentingan agama Allah SWT.
Sebab itu lah saya terbaca semula fasal neraka al-Hutamah iaitu sebuah neraka khas untuk mereka yang suka mengeji, mengumpat dan mengumpal harta. Lepas jual kasut, mungkin selepas ini saya akan jual atau sedekah koleksi jubah saya yang banyak dalam almari.