“Terasa Seperti Makhluk Asing” – Azhan Rani Akui Terseksa Kekalkan Rambut Perang

Hiburan

“Terasa Seperti Makhluk Asing” – Azhan Rani Akui Terseksa Kekalkan Rambut Perang

Pelakon Azhan Rani mengakui terpaksa berimej rambut perang selama enam bulan sehingga mendapat perhatian ramai gara-gara beberapa kali penggambaran ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Azhan Rani
2 bulan lalu

Skrip Filem Frontliner 'Ke Laut Dalam', Azhan Rani Hanya Tenang Jawab Kritikan Netizen

Advertisement

Azhan mewarnakan rambutnya perang bertujuan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa arahan Raja Mukhriz yang kini disiarkan menerusi slot Diandra di TV9.

Sepatutnya imej berambut perang saya ini hanya digayakan dalam tempoh sebulan sahaja. Saya akui, ia adalah satu fasa yang cukup menyeksakan diri.

Menurut Azhan, dia terpaksa mengekalkan warna rambut perang tersebut demi menjaga konti karakter walaupun keadaan itu sangat menyeksanya kerana merasa seperti makhluk asing apabila sering menjadi perhatian ramai.

Ujar pelakon drama Nur itu lagi, dia menjadi lebih terseksa apabila hendak memasuki masjid atau surau kerana terpaksa menutup kepala menggunakan serkup.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani memberitahu yang dia terlebih dahulu menawarkan diri mewarnakan rambut perang bagi mencipta kelainan kepada watak yang Alwi yang dibawanya dalam drama tersebut.

Namun, dia pernah terfikir mahu menukar semula warna rambut tetapi bimbang ia boleh merosakkan warna dan konti.

Azhan Rani

Saya tak akan menawarkan diri mewarnakan rambut lagi. Saya pilih untuk membotakkan kepala sekiranya penerbit berhasrat menyambung drama tersebut untuk musim kedua.

Tambah Azhan lagi, dia sukakan wawasan Raja Mukhriz untuk drama tersebut kerana dia mencuba untuk lari daripada menampilkan komedi plastik serta memberikan ruang kepada pelakon mengembangkan watak masing-masing.

Pelakon itu juga turut mengakui bahawa ini merupakan pertama kali dia mewarnakan rambut kerana tidak pernah mewarnakan rambut seumur hidupnya.

Advertisement

Sekadar info, drama Keluarga Untuk Disewa yang dibintangi Azhan turut menampilkan barisan pelakon berkaliber lain seperti Adibah Noor, Fifi Laura Olivia, Dynas Mokhtar, Pekin Ibrahim, Fimie Don, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 8, 2021 at 7:17 pm

    Siapa yang decide kaler tu? Kalau nak kaler biar la kena/masuk dgn tone kulit, baru x nampak pelik..kaler ni x sesuai sgt..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...