“Terasa Macam Dia Ada Lagi..” – Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Hiburan

“Terasa Macam Dia Ada Lagi..” – Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini, dikatakan anak sulung kepada pasangan selebriti pelawak, Shuib Sepahtu serta penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Al Qarni telah menyambut hari kelahirannya yang ke-11.

Biarpun ia merupakan satu kegembiraan, namun menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok telah mengundang rasa sebak para netizen kerana ia memaparkan kenangan Uwais bersama arwah ibunya.

Advertisement

Difahamkan, video terbabit dimuat naik dalam akaun TikTok milik Allahyarham dan kerana itu, ramai tidak melepaskan peluang meluahkan rasa rindu.

Kebanyakkan netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat video terbabit serta tidak lupa mengucapkan selamat menyambut ulang tahun buat putera sulung pasangan tersebut.

Bukan itu saja, malah ada juga sesetengah netizen seakan-akan merasakan arwah Sarah yang memuat naik video terbabit.

komen netizen

Sekadar info, Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

2 years ago

"Kalau Isteri Mengidam Tunaikan Lah" - Borak Topik Ibu Hamil, Shuib Tahan Sebak Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...