“Terasa Janggal Pulang Berdua..” – Shuib Kongsi Detik Bawa Ayash Affan Balik Rumah

Hiburan

“Terasa Janggal Pulang Berdua..” – Shuib Kongsi Detik Bawa Ayash Affan Balik Rumah

Pelawak, Shuib Sepahtu berkongsikan perasaannya yang bercampur baur apabila dia dapat membawa pulang anak bongsunya, Ayash Affan setelah lebih sebulan dirawat di hospital.

Shuib Sepahtu
3 bulan lalu

"Istimewa Sangat Hadiah Ibu.." Ayash Affan Muka Seiras Shuib, Kuat Minum Susu

Advertisement

Menurut perkongsiannya di Instagram Story, dia berasa janggal membawa pulang anaknya ke rumah mereka tanpa arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin disisi.

Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga tetapi hari ini pulang berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam hantaran sebelum ini, pelawak ini ada memuat naik sebuah foto tangan dan jari Ayash mengingatkan dia kepada isterinya yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 lalu.

Tangan, jari sebijik macam ibu..

IG Story Shuib

Walau bagaimanapun, ayah kepada empat orang anak itu masih belum menunjukkan wajah anak bongsunya itu, namun berkongsikan detik-detik membawa anaknya itu pulang ke rumah di saluran rasmi YouTube miliknya.

Advertisement

Sekadar info, Ayash Affan selamat dilahirkan pada 6 Ogos 2021 secara pembedahan selepas Allahyarham Siti Sarah ditidurkan akibat COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...