“Terang Terangan Merompak” – Grab Teruk Dikecam, Kenakan Caj Penghantaran Hampir 2x Ganda Pada ‘Subscriber’

Trending

“Terang Terangan Merompak” – Grab Teruk Dikecam, Kenakan Caj Penghantaran Hampir 2x Ganda Pada ‘Subscriber’

Seorang wanita meluahkan kekecewaannya terhadap Grab selepas mendapat tahu aplikasi tersebut mengenakan caj lebih kepada pengguna Grab Unlimited.

Bagi yang tidak tahu, Grab mempunyai satu ciri ‘Grab Unlimited’ di mana mereka yang subscribe akan mendapat kelebihan tertentu seperti harga penghantaran yang lebih murah.

Advertisement

Namun, menurut wanita bernama Angel ini dia telah membuat perbandingan harga bagi pengguna biasa dengan subscriber Grab Unlimited dan mendapati ia bukan seperti yang sepatutnya.

grab

Tambah Angel, dia merupakan pengguna tegar food delivery dan ternampak pelan Grab Unlimited di mana pengguna boleh membayar caj secara bulanan untuk dapat faedah tambahan seperti diskaun caj penghantaran atau restoran.

Malah sebelum ini, dia sudah berkali-kali membuat pesanan makanan selepas subscribe pelan tersebut dan pada satu hari Angel menyedari caj penghantaran dinaikkan sedikit.

Saya biarkan dan fikir mungkin ia (caj naik) disebabkan waktu kemuncak. (Tapi) saya bandingkan dengan akaun Grab suami tanpa pelan Grab Unlimited. Kemudian saya sedar bagaimana Grab ‘rompak’ pelanggan tetap mereka terang-terangan.”

Angel malah turut cuba mencari restoran yang sama di kedua-dua akaun (dia dan suami) dan hantar ke alamat yang sama untuk membuat perbandingan.

Mengejutkan, beza caj penghantaran hampir mencecah dua kali ganda meskipun selepas menggunakan ‘diskaun’ selain berkata harga makanan juga 20%-30% lebih mahal daripada Food Panda.

grab

Adakah ini cara anda dapatkan banyak wang daripada pelanggan tetap di mana anda (dah) jual subscription plan dan pelanggan akhirnya perlu membayar lebih daripada yang sepatutnya. Sangat tidak beretika!”

Angel turut menunjukkan mesej daripada pihak Grab yang telah memberi maklum balas mengatakan apa yang berlaku kepadanya adalah disebabkan glitch pada aplikasi di mana caj penghantaran ditunjukkan itu adalah harga lama.

 

rider
2 years ago

Beri Kenyataan Kenapa Sekat Akaun 'Rider' MatKibot, Ada Yang Kata Syarikat Penghantaran Berat Sebelah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...