Seorang lelaki mendedahkan tentang taktik baru scammer menerusi panggilan video di aplikasi Whatsapp di mana dia sendiri telah menjadi mangsa.
Menerusi satu hantaran di Twitter, lelaki yang bekerja sebagai ejen hartanah itu berkata dia telah menerima satu panggilan video daripada nombor yang tidak dikenali.
Tak tahu la kenapa pergi angkat pastu nampak seorang perempuan tengah berbogel sambil melakukan aktiviti persendirian di atas katil.”
Tambahnya, kerana terkejut dia terus mematikan panggilan tersebut namun malangnya gambar wajahnya yang jelas telah berjaya diambil oleh scammer itu.
Pemuda berusia 29 tahun itu kemudian menerima mesej daripada nombor yang lain memintanya wang sebanyak RM800 sebagai bayaran untuk tontonan aksi lucah tersebut.
Malah, scammer tersebut turut mengugutnya untuk menularkan gambar ‘bukti’ yang memaparkan wajahnya berserta video di media sosial.
Tahu tahu sahaja, wajahnya telah dimuat naik oleh scammer tersebut dengan memfitnahnya tidak mahu membayar selepas menonton aksinya beronani.
Dia kemudian membuat laporan polis keesokan harinya kerana bimbang dengan keselamatan dan sempat berpesan kepada orang ramai untuk tidak membuat silap sepertinya mengangkat panggilan video daripada nombor tidak dikenali.
Biasa I tak layan tapi kalini terkena, memang silap I jugak. Harap semuanya selamat.”