Sebelum ini Ummi Nazeera dan Zizan Razak dikatakan sedang hangat bercinta apabila kerap keluar makan bersama. Namun, kedua-duanya menepis gosip percintaan itu dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.
Malah, sejak gosip itu tersebar Ummi dan Zizan lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.
Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.
Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain.
Dalam pada itu, Ummi akui beliau sebenarnya agak selesa berkawan dengan Zizan dan menyifatkan pelawak itu sebagai seorang sahabat yang baik.
Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya. Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu.
Zizan dan Ummi mula rapat sewaktu bergandingan dalam  telefilem Angin Cinta arahan Ghaz Abu Bakar yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 30 April ini.