“Tentera Zi*nis Orang Paling Jahat Yang Pernah Saya Jumpa – Syaff Shukri

Trending

“Tentera Zi*nis Orang Paling Jahat Yang Pernah Saya Jumpa – Syaff Shukri

Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, antara rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC), mendedahkan pengalaman ngeri selepas ditahan dan dilayan dengan buruk oleh tentera Israel (IDF) ketika dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza.

Dalam temu bual sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada Jumaat, Syafik yang kelihatan menggigil dan keletihan berkongsi detik mencemaskan sepanjang berada dalam tahanan.

Advertisement

Mereka (tentera Israel) adalah manusia paling jahat dan kejam. Cara mereka layan kami sangat tidak berperikemanusiaan.

Menurut Syafik, sepanjang tempoh tahanan, mereka hanya diberi makan dalam jumlah yang sangat sedikit dan terpaksa minum air paip bagi menahan lapar serta dahaga.

Sembilan Aktivis Malaysia Dalam Misi Freedom Flotilla Selamat Tiba Di Istanbul

Kami hanya makan sedikit dan minum air paip. Sangat menyedihkan. Saya tak dapat bayangkan bagaimana penderitaan rakyat Gaza yang sudah sekian lama berdepan keadaan jauh lebih teruk.

Beliau turut menambah bahawa layanan kasar dan tekanan fizikal serta emosi yang dialami meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya dan sukarelawan lain.

Syafik kini berada di Istanbul bersama lapan lagi aktivis Malaysia, termasuk pakar perubatan dan ahli akademik, bagi menjalani rawatan sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 FFC selamat tiba di Istanbul
2025-10-10 20:55:25

Sembilan Aktivis Malaysia Dalam Misi Freedom Flotilla Selamat Tiba Di Istanbul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...