Umum mengetahui wabak coronavirus atau COVID-19 dikatakan tersebar daripada sebuah pasar di Wuhan, China. Wabak ini mula dikesan menular dalam kalangan penjual dan pembeli di pasar tersebut pada Disember tahun lalu. Sejurus peningkatan kes direkodkan, pasar tersebut kemudian diarahkan tutup serta merta.
Baca: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China
Namun, semalam jurucakap Kementerian Luar China telah menuduh tentera Amerika Syarikat sebagai punca penyebaran wabak tersebut di Wuhan. Sementara itu, China sebelum ini menerima kritikan hebat daripada Amerika Syarikat yang dikatakan lambat bertindak semasa wabak ini mula dikesan.
China tidak mendiamkan diri apabila Kementerian Luar China, Zhao Lijian lantang membahas kenyataan daripada Amerika Syarikat itu melalui laman Twitter miliknya. Di dalam kenyataan itu, dia memberitahu Amerika Syarikat yang tidak bersikap terbuka dalam membantu tangani kes ini.
“Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan. Bersikap jujurlah. Dedahkan data anda kepada umum.”
2/2 CDC was caught on the spot. When did patient zero begin in US? How many people are infected? What are the names of the hospitals? It might be US army who brought the epidemic to Wuhan. Be transparent! Make public your data! US owe us an explanation! pic.twitter.com/vYNZRFPWo3
— Lijian Zhao ??? (@zlj517) March 12, 2020
Zhao yang merupakan pengguna tegar Twitter itu walaubagaimana pun tidak memberikan bukti penglibatan Amerika Syarikat dalam hal ini. Sebelum ini juga, jurucakap Kementerian China iaitu Geng Shuang turut mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang menyalahkan tindak balas lambat Beijing dalam tangani wabak ini.
Tambahnya lagi, kenyataan dari Amerika Syarikat itu tidak langsung membantu Beijing dalam menangani penyebaran wabak yang telah membunuh 4,000 orang setakat ini. Dalam situasi kini, adalah lebih penting untuk Amerika Syarikat membantu membasmi penularan wabak daripada menyalahkan China di atas hal ini.
Sebelum ini, saintis China mendedahkan vaksin bagi membanteras wabak COVID-19 dijangka akan siap tersedia pada bulan April ini. Ujian klinikal awal akan dilakukan terlebih dahulu pada 25 individu yang akan dipilih untuk memastikan keselamatannya.
Artikel berkaitan: Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Pada Bulan April Ini