“Tentang Nabila Dan Engku Emran..” – Datin Kartini Buka Mulut Mengenai Kontroversi Rumah Tangga Kakak Neelofa

Hiburan

“Tentang Nabila Dan Engku Emran..” – Datin Kartini Buka Mulut Mengenai Kontroversi Rumah Tangga Kakak Neelofa

Status perkahwinan antara kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila dengan suami, Engku Emran masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Terpanggil dengan kontroversi itu, ibu Nabila, Datin Kartini yang ditemui media akhirnya membuka mulut dan memberikan sedikit peringatan.

Advertisement

Ujar Kartini, dia enggan mencampuri urusan rumah tangga anaknya itu dengan Engku Emran.

Itu saya tak mahu jawab. Sebab dia sudah dewasa, berkeluarga. Kalau nak tahu, tanya dia sendiri. Macam Ameera, dia masih di bawah jagaan saya.

Urusan rumah tangga anak-anak saya tak campur dan tak nak tahu. Saya mahu gembira saja dengan anak-anak dan cucu-cucu saya.

Katanya lagi, dia tidak menganggap apa saja isu melibatkan ahli keluarganya sebagai ujian dan tak pernah mengambil tahu apa yang ditularkan netizen.

Bagi saya anak-anak sempurna di mata saya dan saya rasa tiada apa lagi yang saya mahu rungutkan. Bukan ramai ibu di luar sana yang bernasib baik dan beruntung Allah bagi nikmat seperti apa yang saya dapat.

Terdahulu, media melaporkan rumah tangga Nabila dan Engku Emran seperti retak menanti belah kerana ada sumber memaklumkan bahawa mereka berdua tidak lagi tinggal sebumbung dan menanti untuk bercerai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor nabil miss
7 months ago

(VIDEO) "Cantiknya Miss Nabila.." - Pergi Makan Di Restoran Korea, Rakan Baik Dedah Status Terkini Noor Nabila?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...