Tentang Filem Malaysia

Hiburan

Tentang Filem Malaysia

Hi semua!

“Kerana rindu meluap-luap, maka peluang harus sentiasa dicuri untuk dileraikan..”

Advertisement

Dah tengok Ombak Rindu? Hani belum lagi ada kesempatan nak tengok tapi bila baca review, ramai yang agak positif dengan filem arahan Osman Al yang diterjemahkan dari nukilan kreatif novelis Fauziah Ashari.

Dengar ramai yang berhabis tisu lakonan mantap Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.  Alhamdulillah, filem kita semakin mendapat sambutan dan ini sesuatu yang sangat baik untuk industri.

filem malaysia
filem malaysia

Cuba kita lihat pada statistik yang dikeluarkan Finas. Pada 2005, kita nampak berlaku peningkatan dari jumlah penonton, dari 3.74 juta orang kepada 9.24 penonton pada 2010.

Itu satu lonjakan yang baik.

Tetapi filem Inggeris tetap mendominasi sokongan penonton.

Apakah filem tempatan yang kita mahukan? Hantu Bonceng? KL Gangster? Ombak Rindu? Dua Alam? Ratu?

Hani pernah terbaca di media, kekadang orang bertanya, kenapa drama di televisyen tidak sebaik atau sehebat apabila digarapkan di layar perak?

Filem hakikatnya bersandarkan kepada keuntungan hasil dari kehadiran penonton manakala drama dibayar pembikinannya.

Dan pentingnya ‘viral’ pada promosi filem juga sangat penting. Ketika ini, mempromosikan filem tidak hanya bergantung kepada media tradisional tetapi media sosial sangat penting kerana ia lebih cepat dan lebih skewed kepada sasaran.

Bercakap pasal viral, Hani teringat viral video yang dihasilkan untuk mempromosikan filem Limitless! Antara yang terbaik!

Seorang lelaki Asian berjaya memperdaya 3 juta pengunjung youtube untuk menonton video kononnya dia berjaya menggodam skrin di Times Square, New York!

Akhirnya pada video kedua, dia menjelaskan kebolehannya menggodam skrin di Times Square itu hasil dari sejenis dadah bernama NZT, dadah yang sama digunakan dalam filem Limitless!

Peranan pemain watak dalam filem untuk mempromosikan sesebuah filem sangat penting. Lihat pada Karipap Karipap Cinta apabila ia menerima tamparan akibat ‘kelantangan’ pelakonnya – Gambit Saifullah yang secara tidak langsung memberi impak kepada jumlah penonton.

Hari ini pelbagai medium boleh digunakan. Contoh terbaik ialah twitter yang diikuti ratusan ribu peminat seseorang pemain watak dan karektor serta cara mereka mengendalikan jawapan kepada peminat turut memberi impak.

Yelah, hakikatnya justifikasi mereka kononnya ‘I just want to be myself’ tidak boleh digunakan di Malaysia sebab kita masih lagi merangkak untuk mencipta perolehan yang tinggi buat sesuatu filem.

Dan sikap kita penting. Jika kita boleh menjadi seorang yang manis, comel, humble ketika melakonkan watak kita, apa salahnya kita buat yang sama ketika melayani peminat?

Filem juga perlu kuat dari peranan plotnya.

Ia perlu memaparkan introspektif yang jelas dalam plotnya bagi tidak mengelirukan penonton kerana penonton hari ini sudah bijak.

Sedar atau tidak, kita seringkali akan berbisik biarpun filem itu belum selesai – “mesti dia mati” atau “mesti dia kahwin dengan dia ni.” Atau lebih tepat, mudah dijangkakan.

Selain itu, introspektif karektor jika berulang ulang atau redundant bagai satu standard industry, Hani rasakan tidak baik buat filem kita kerana ia memperkecilkan intelektual penonton.

Contoh terbaik ialah, jika gangster – perlu ada tattoo, perlu terjerit jerit jika beri arahan pada gangster kecik dan paling klasik ialah, gangster mesti pakai singlet untuk nampakkan bulu ketiak dan otot-otot lengan.

Pembikin filem perlu analytical, ketika menterjemahkan watak supaya ia lebih berkembang dan kita tak mahu lagi jenaka pedas seperti “takperlah aku tunggu raya, confirm mesti keluar” terus kedengaran. Berikan golongan ini satu sebab untuk mereka ke pawagam. Jika mereka melangkah masuk ke pawagam untuk menonton filem kita, ia satu kejayaan.

Apapun, Hani lihat banyak perkembangan pada filem Malaysia namun pada pandangan Hani, untuk bakal bakal produser yang mahu terjun sama dalam industri, pastikan anda sudah bersedia jika filem anda tidak mendapat pulangan balik modal.

Teruskan sokongan anda pada filem tempatan!

p/s: Bila Mission Impossible 4 keluar?

Hani Marissa (twitter; @HanyMarissa)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...