Written by AbangNara | December 22nd, 2010

maya karin yusri

Memang cool sungguh Maya Karin. Kami suka dengan kenyataannya baru-baru ini selepas dengan rileksnya mengaku yang dia sudah pergi menonton wayang 2 kali bersama Yusry KRU. Sempoi habis:-

[note]“Kami pergi menonton wayang bukan sesuatu yang gempak pun. Orang lain pun buat [/note]

Kami sokong gila-gila dengan kenyataan Maya Karin. Standardlah pergi tengok wayang dengan kawan-kawan. Takkanlah asal pergi tengok wayang je dah confirm jadi pakwe makwe kot? Kalau macam tue dah berapa banyak awek yang kitorang ada? Eh tapi kalau pergi tengok wayang berdua tue mungkin la ada kelainan sikit. Mungkin itu adalah kawan special.

maya karin yusri

Mungkin sebab Yusry seorang duda dan Maya Karin seorang janda, maka semua orang pun sibuk nak kenenkan mereka berdua. Sampai Maya Karin pun naik rimas dibuatnya. Kesian pulak kami mendengar rintihan hati Maya Karin:-

[note]Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya dan Yusry hanya kawan biasa. Kami dah kenal lama. Sekarang saya susah nak jawab bila orang tanya mengenai hubungan saya dengan dia. Saya mula naik rimas. [/note]

Kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Biarlah mereka berdua berkawan terlebih dahulu mengenal hati budi masing-masing. Kalau tak sesuai, mungkin Maya Karin sesuai dengan kami kot (hehehe. perasan la pulak). Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Maya Karin kerana dilantik menjadi duta InnerShine. Kredit gambar Mstar.

P.S: Geli geleman tengok kek macam nie.

Comments are closed.