Perkongsian seorang lelaki di Twitter baru-baru ini mendapat perhatian netizen terutamanya golongan yang berstatus ibu bapa.
Menurut mStar, Nek Muhammed Sofwan Najim Nek Ali, 21, telah ke pasar raya Mydin di Alor Setar pada Jumaat lepas.
Ketika berada di sana, dia terdengar seorang kanak-kanak berkata sesuatu kepada si ibu,
Tengok tu mama, orang kaki robot.”
Kata Sofwan, dia terpaksa menjalani pembedahan memotong kakinya pada 2019 kerana penyakit spina bifida.
Menerusi perkongsian Sofwan, dia tidak menyangka ibu kanak-kanak tersebut menunggu di ruang parkir untuk meminta maaf.
Jelasnya lagi, situasi sebegitu jarang berlaku dan kebiasaannya sesetengah para ibu akan menggunakan kekurangannya untuk memberikan ‘pengajaran’ kepada si anak. Contohnya,
Duduk diam-diam, nanti kaki kena potong macam abang tu.”
Lepas settle my mom beli tudung kitorang pergi ke parkir kereta, saya perasan family tadi sedang menunggu rupanya mama dia nak minta maaf atas percakapan anak kecik yang berusia ±3 tahun tu. Budak tu pun tunduk je macam menyesal walaupun dia masih tak faham apa berlaku (3/6)
— Sofwan (@sofw4n_) March 25, 2022
Ramai netizen yang membaca perkongsian itu memuji si ibu kerana mendidik anaknya dengan cara yang betul dan mengajarnya tentang meminta maaf.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.