Sebelum ini, pengurus kumpulan Hujan iaitu Ahmad Ariffin Ahmad tidak dapat menjelaskan mengenai dakwaan netizen yang mengatakan tindakan Noh Salleh itu disebabkan dari tekanan hidup selepas bercerai dengan bekas isteri, Mizz Nina.
Bukan itu sahaja, Ahmad Ariffin turut menafikan mengenai vokalis band tersebut yang didakwa mengambil barang terlarang susulan tular video mengenai penyanyi itu meludah di atas pentas.
Hal itu susulan selepas terdapat segelintir individu telah meminta pihak berkuasa untuk menjalankan ujian air kencing terhadap Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh.
Kami harap tiada spekulasi yang menganggap tindakan tersebut disebabkan bahan terlarang. Noh ‘bersih’, itu saya yakin 100 peratus.
:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Mungkin sebab rambut dia nampak tak terurus, tapi dalam keadaan panas berkurung di dewan yang dipenuhi 13,000 penonton, tentu saja susah nak maintain elok.
Meninjau diruangan komen, penjelasan pengurus itu bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya seakan masih meragui dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Malah, ada juga yang mengesa pihak berkuasa untuk tetap melakukan ujian air kencing terhadap Noh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.