“Tengok Pun Tahu Bukan Mentua Yang Baik” – Rebut Anak Dengan ‘Ex’ Mentua Sampai Ditarik Tudung

Kehidupan

“Tengok Pun Tahu Bukan Mentua Yang Baik” – Rebut Anak Dengan ‘Ex’ Mentua Sampai Ditarik Tudung

Selalu juga kita dengar kisah di mana anak menjadi mangsa konflik antara ibu dan bapa yang telah berpisah. Ada juga cerita di mana keluarga turut campur tangan dan tergamak memisahkan anak dari ibunya sendiri.

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh seorang ibu dikenali sebagai Aedinna Izzatie, dia telah menunjukkan situasi di mana seorang wanita dipercayai ibu mentuanya yang mahu merampas anak dari pelukannya.

Advertisement

Video yang mendapat lebih 3.3 juta tontontan di TikTok itu menunjukkan ibu tunggal itu sedang memeluk anak di dakapannya dan ketika itu wanita yang didakwa sebagai bekas ibu mentuanya itu cuba mengambil kanak-kanak tersebut.

Boleh dilihat ibu mentuanya itu mengasarinya dengan menarik tudung sebelum cuba dihalang oleh seorang wanita yang lain di situ.

Ramai warganet yang memberikan kata-kata semangat kepada Izzatie dan mendoakan agar urusannya bersama anak dipermudahkan.

Menerusi video yang lain, Izzatie mendedahkan bahawa anaknya kini selamat bersamanya dan dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan agar dia kuat menghadapi dugaan dalam membesarkan anak seorang diri.

Ibu mentua tiri shuib
3 years ago

"Tak Ada Istilah Segan Hanya Menghormati.." Ibu Mentua Tiri Nafi Tidak Selesa Dengan Menantu, Shuib Sepahtu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...