May 29th, 2019

Kontroversi kes rumah tangga PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian dan sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.

Sebelum ini, Ain mendedahkan PU Abu merasa menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu mereka rujuk semula.

Menjawab persoalan netizen berkaitan hal rujuk, Ain berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat bekas suaminya itu, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa.

Dalam pada itu, Ain menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga bayi di dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.

Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja.

Ain akui sudah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman. Doakan agar dia kekal tabah.

Sumber Berita : Utusan Online & mStar Online


30 responses to “Tengok Keadaan Macam Mana – Ain ‘Afini Pertimbangkan Hasrat PU Abu Ingin Rujuk”

  1. Anonymous says:

    Ain, kalau awak setuju awak tak cerdik. dia dah hina maruah awak. jadi lah seorang yang ada maruah

  2. Wina says:

    Kalau ain nk bermadu dgn hana, baik lah dr awal masa mula2 abu mntk izin tu, ko setuju je. Xde laa jd kes meleret cmni. Dh talak 2x last bermadu jugak akhirnya. Buang karan.

    Bkn xleh bermadu ain, tp kalau pompuan mcm hana tu nk buat sedara, xyah laa. Pompuan yg sggup tgk org lain derita bkn lah jns yg boleh di buat jd famili

  3. Anonymous says:

    xyah laa ain oii, abu tu dhla menipu belakang awak main kayu tiga lagi pastu kawen senyap2, dah cerai 2x pastu tak bagitau mahkamah hal sebenar sampai korg kena gi mahkamah 2x baru cerai. dahla diceraikan masa mengandung, pastu salahkan netizen sebab ain stress padahal ko yg putar belit ayat.

  4. abus says:

    x yah rujuk la..si abu ni bkn ciri2 lelaki,suami & ayah yg baik..kandungan bermasalah pn dia main lepas tangan je..x guna jadi laki si abu ni.. Insyallah Ain akan dapat jauh lebih baik dari si abu-abu ni..

  5. Milah says:

    Abu nak rujuk sbb dah takde job.. rujuk dl, bg netizen lupa pastu cerai la balik…tak pn rujuk utk memastikan job ada…

Loading...