May 29th, 2019

Kontroversi kes rumah tangga PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian dan sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.

Sebelum ini, Ain mendedahkan PU Abu merasa menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu mereka rujuk semula.

Menjawab persoalan netizen berkaitan hal rujuk, Ain berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat bekas suaminya itu, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa.

Dalam pada itu, Ain menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga bayi di dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.

Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja.

Ain akui sudah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman. Doakan agar dia kekal tabah.

Sumber Berita : Utusan Online & mStar Online


30 responses to “Tengok Keadaan Macam Mana – Ain ‘Afini Pertimbangkan Hasrat PU Abu Ingin Rujuk”

  1. Anonymous says:

    Abu dan Hana tak nak dikecam pergunakan Ain dan baby….
    Ain org terpelajar tak perlu layan lakibini penzina tu…
    Biasa menipu dan pandai membohong memang pandai memujuk..
    Lelaki dayus memang begitu

  2. Haru says:

    Kesian Ain …. Sorry for you …

  3. Rin says:

    Propa aje tu,bodoh sangat kalau percaya

  4. Anonymous says:

    talak dah 2x… rujuk ni last chance lah ko abu
    takyah rujuk elok jgk… yer ker nak bela anak sendiri… sblm ni kan abu sanggup tinggalkan anak dlm kandungan semata nak bercuti dgn anak tiri..jgn ingat abu xkan buat lagi… anak tiri sanggup dimanja sbb mak dia si hana tuh berduit… anak sendiri pak abu ni yg kene keluar duit… belanja 10k pun abu nak viral… makin sakit hati nnti abu balik utk tgk pastu blah gitu jer…

  5. kaldei says:

    Persoalan sekarang..
    siapakah memegang status isteri pertama sekira dirujuk..

    • Anonymous says:

      Status pertma or kedua bkn persoalnya lgi utk kedua pompuan tu..yg penting skrg ni..siapa berduit akn jdi cinta mati org tu.

      Klau akulh..x ndk..hti dah remuk..patah..hncur x mgkn.

      Klau muka bkas lki mcm omar al..borkhan..aku setuju je..dh tntu anak2 aku kcak dn cntik..jodoh smpai mna x kiralh..

    • amoi says:

      kan..kalau aku, baik xyah rujuk..bg lg sakit ati..tmbh2 betina x guna pun mst ttp control life jantan x guna tu..byk lg lelaki yg bagus dkt luar tu Ain..x perlu nak rujuk2…bg aku baik idop sorg dari ko makan hati kalau ko terima dia semula..awal2 pon dah jd suami x guna, ceraikan ko dgn keadaan gitu..lps tu salahkan netizen baby ko x aktif..nmpk x ex suami ko tu bangang n babun? x perlu ada suami mcm tu..

    • TAK PAYAH LER says:

      Eeeee.. tak payahla rujuk kembali. esok lusa dia buat perangai balik.

    • Anonymous says:

      masalahnye sapa la bodo g beli produk sampah hana tu smpai pompuan tu kaya. dia sapa? graduate biochemistry/pharmacology or related dari international / ivy league university ke? ke graduate mass comm kolej tempatan dtg mana tbe2 buat product xde r&d ni?ke x graduate pun? kalau dr amalina ke yg buat product product yakinla jugak. ni apoo. xfaham apa yg dlm otak pembeli dia ni

Loading...