Kontroversi kes rumah tangga PU Abu dan bekas isterinya, Ain ‘Afini mendapat perhatian dan sehingga hari ini masih menjadi bualan ramai.
Sebelum ini, Ain mendedahkan PU Abu merasa menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu mereka rujuk semula.
Menjawab persoalan netizen berkaitan hal rujuk, Ain berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat bekas suaminya itu, namun menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa.
Dalam pada itu, Ain menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga bayi di dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.
Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling. Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja.
Ain akui sudah redha dengan apa yang berlaku dan menganggap PU Abu sekadar pinjaman. Doakan agar dia kekal tabah.