“Tengok Dia Ikhlas Minta Maaf Atau Tidak” – Ellie Suriaty Setuju Bertemu Imran Bard, Jadi Penentu Untuk Urusan Saman

Hiburan

“Tengok Dia Ikhlas Minta Maaf Atau Tidak” – Ellie Suriaty Setuju Bertemu Imran Bard, Jadi Penentu Untuk Urusan Saman

Pelakon Ellie Suriaty memaklumkan dia bersetuju untuk bertemu dengan pempengaruh sensasi Imran Bard berhubung kemelut yang melanda mereka berdua sebelum ini.

Ujar Ellie, dia akan bertemu dengan ‘influencer’ itu setelah Imran pulang ke Kuala Lumpur.

Advertisement

Imran bard ellie suriaty

Pihak saya telah memberikan maklum balas kepada Imran Bard beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan. Saya bersetuju dengan permintaannya untuk berjumpa.

Namun menurutnya dia kini masih berada di kampung, saya memahami. Maka Insya-Allah perjumpaan akan diadakan sekembali dia ke Kuala Lumpur kelak.

Tambah pelakon itu lagi, pertemuan itu bakal menjadi penentu sama ada dia akan meneruskan keputusan saman terhadap Imran Bard.

Sesi pertemuan ini akan menjadi penentu, sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya.

Bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf darinya kepada saya. Saya berharap agar Allah SWT mempermudah segalanya.

Terdahulu, konflik antara kedua-dua figura ini bermula apabila Imran didakwa membuat kandungan media sosial sensitif berkaitan pelakon itu.

Susulan itu, Ellie menuntut Imran memohon maaf namun diabaikan pempengaruh itu sehingga mengundang kecaman dahsyat orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

imran bard zulin aziz
6 days ago

Nama 'Dipetik' Dalam Video Parodi Imran Bard, Netizen Puji Zulin Aziz Tak Melenting - "Kalau Faham Konsep, Insya-Allah Tak Ada Apa Pun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...