“Tengok Balik Malu Pun Ada!”- Zarul Umbrella Terkenang Saat Pertama Kali Bawa Watak Lelaki Lembut

Hiburan

“Tengok Balik Malu Pun Ada!”- Zarul Umbrella Terkenang Saat Pertama Kali Bawa Watak Lelaki Lembut

Menganggap ianya sebagai satu pengalaman manis, penyanyi Zarul dari kumpulan Umbrella berkata dia pernah membawa watak sebagai lelaki lembut ketika di awal penglibatannya dalam bidang lakonan sekitar tahun 2017 yang lalu.

Zarul UmbrellaSumber : Instagram Zarul Umbrella  

Zarul yang tampil mengimbas kembali momen lakonan menerusi  sebuah hantaran video pendek di akaun Instagramnya untuk tatapan peminat berkata, dia membawa watak lelaki lembut itu ketika bekerjasama dengan pengarah Michael Ang dalam sebuah drama berjudul Cik Serba Tahu.

Advertisement

Kata penyanyi ini lagi, dia berasa lucu apabila mengingati kembali saat-saat melakonkan watak tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella)

“Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk set drama (seumur hidup saya), hari pertama di set, babak pertama saya tahu saya ada babak watak konon-konon lelaki lembut pada hari itu. Tetapi saya tak jangka buat babak itu dulu dan sejujurnya saya rasa cuak juga tapi nasib baik tahap keyakinan untuk ‘langgar’ je babak amatlah tinggi masa tu.”

Dalam pada itu, Zarul turut mengakui bahawa dia berasa sedikit malu ketika melihat kembali lakonannya itu namun mempelajari banyak teknik lakonan ketika mula-mula berlakon pada waktu itu.

View this post on Instagram

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella)

Dia dalam hantaran Instagram itu sempat berterima kasih kepada pelakon Remy Ishak dan pengarah Michael Ang kerana banyak memberi tunjuk ajar dan tidak pernah lelah untuk membantu dirinya memperbaiki mutu lakonan.

Perkembangan terkini, Zarul Umbrella kini mempunyai saluran Youtube peribadi dan sudahpun mengutip hampir 150,000 pengikut. Memfokuskan mengenai kisah-kisah penglibatannya dalam dunia seni, Zarul turut berkongsi mengenai pengalaman kerjanya dalam bidang penerbangan untuk tatapan peminat dalam saluran Youtubenya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Zarul Umbrella

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...