Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tengok Balik Diri Sendiri Dan Muhasabah, Neelofa Ambil Iktibar Berita Kematian Rakan Artis

Personaliti terkenal dan juga usahawan, Neelofa mengakui hatinya berasa sangat terkesan dan ‘terjentik’ dengan berita pemergian rakan artisnya, Allahyarhamah Siti Sarah, Isnin lalu.

Advertisement

Pemergian Siti Sarah yang ternyata memberi impak sehingga mendapat liputan portal berita luar negara itu membuatkan Neelofa ingin melihat kembali akan diri serta muhasabah.

siti sarahSumber : Instagram Siti Sarah  

Ujar Neelofa, dia tidak berasa pelik jika perkara sama menimpa dirinya namun tertanya-tanya adakah sudah cukup amalan yang hendak dibawa ke alam abadi, suatu hari nanti.

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris itu berkongsi mengenai luahannya itu ketika satu siaran langsung Instagram (IG Live) menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa bersama suaminya, baru-baru ini.

Kata pemilik jenama tudung Naelofar ini lagi, kisah pemergian Siti Sarah telah membuka matanya dalam membaiki segala amalan yang akan dilakukannya pada masa akan datang.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Hal tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki dan menambah baik kualiti amalan, solat, bacaan Al-Quran. Itulah muhasabah saya..”ujarnya ringkas.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah selepas lima hari bertarung nyawa akibat melawan COVID-19. Arwah juga sempat melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan secara pembedahan setelah dua hari ditidurkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. wuxiaworld

    August 13, 2021 at 5:42 pm

    Thank you so much for such a well written article. It is filled with detailed information. Your point is the best among many blogs without fail.

  2. Anonymous

    August 12, 2021 at 8:00 am

    tak payah bagi tau laaa

  3. anonymous

    August 11, 2021 at 8:24 pm

    diamm laaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top