Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Tengok Anak Ini Senyum Terasa Bahagia’ – Ebit Lew Jadi ‘Mickey Mouse’ Surprise Anak Istimewa

Siapa tidak kenal figura popular, Ustaz Ebit Lew yang selalu turun padang membantu masyarakat memerlukan. Tidak kira bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew tanpa lelah memberikan yang terbaik buat mereka. Sikap mulia yang ditonjolkan ini membuatkan beliau disenangi ramai.

BACA: “Dia Mai Dah..” Kali Ini Sumbang 100 Buah Tablet, Ebit Lew Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

Advertisement

Terbaru, Ustaz Ebit sanggup memakai kostum Mickey Mouse membuat kejutan kepada anak-anak istimewa di Paramount Coffee House.

Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik istimewa di Paramount Coffee House. Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.

Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.

Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye.

Advertisement

Kata beliau, kebahagiaan jelas terpancar sebaik melihat anak-anak ini tersenyum bahagia. Malah, beliau berbesar hati mendapat tahu ibu bapa teruja bertemu mata dengannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Lebih menghiburkan apabila Ustaz Ebit membuat kejutan buat anak-anak pula apabila pulang ke rumah. Dia dilihat masih memakai kostum membuat aksi melucukan di depan anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ramai yang memuji cara ustaz menggembirakan anak dan isteri walaupun sering sibuk dengan urusan seharian.

Advertisement

SUMBER : Ebit Lew
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 8, 2021 at 11:40 am

    adee je idea ustaz ebit ni nk buat kebaikan. semoga Allah pelihara kamu wahai ustaz..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama