Tengku Zafrul Jelaskan Dakwaan Beli Nasi Ganja Guna Helikopter

Trending

Tengku Zafrul Jelaskan Dakwaan Beli Nasi Ganja Guna Helikopter

Baru-baru ini tersebar satu gambar menunjukkan sebuah helikopter dipercayai dari Kuala Lumpur telah mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus Nasi Ganja Ipoh yang popular di sana.

Akan tetapi, nama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pula telah dikaitkan dengan tempahan ini apabila tersebar di aplikasi WhatsApp menunjukkan dirinya sedang menikmati Nasi Ganja Ipoh.

Advertisement

Tengku Zafrul bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengesahkan ia palsu.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi crop tarikh”

tengku zafrul beli nasi vanggey

Daripada menggunakan helikopter, baik guna delivery service yang sedia ada.

Gambar tersebut telah digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya. Tengku Zafrul bagaimanapun, turut merasakan jika dia betul mahu melakukan pesanan Nasi Ganja Ipoh, lebih baik dia menggunakan delivery service yang lebih menguntungkan peniaga kecil.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil”. – Tulisnya lagi.

Advertisement

Nampak tak betapa bahayanya fitnah zaman sekarang? Gigih betul sampai kena edit tarikh posting asal orang. Apapun, semoga penjelasan ini menjawab dan hentikan sebarkan maklumat palsu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...