Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.
Nur Athirah merupakan mangsa yang kehilangan motosikal Yamaha 135LC ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah posting di laman Facebook Selangor Royal Office.
Dalam entri terbabit, Baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu selepas membaca berita mengenai mangsa.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz hari ini.
Selain berharap Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus mampu menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya, Baginda juga memohon agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa.