Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Loket Berlian Direka Khas Buat Fatima

Hiburan

Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Loket Berlian Direka Khas Buat Fatima

Puteri tercinta kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, semalam.

Fazura
3 years ago

Fazura Teruja Dapat Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor

Advertisement

Rantai berserta loket berlian yang direka khas dengan huruf F itu diberikan bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama dan turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

Dalam pada masa yang sama, ibunya iaitu Fazura meluahkan rasa teruja dengan pemberian istimewa itu di Instagram Storiesnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.

Menurut Fazura, dia juga mendoakan Tengku Permaisuri Selangor supaya sentiasa dilimpahi rezeki dan kegembiraan dalam kehidupan.

IG stories Fazura

Terdahulu, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga pernah menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...