Puteri tercinta kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, semalam.
Rantai berserta loket berlian yang direka khas dengan huruf F itu diberikan bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama dan turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.
Dalam pada masa yang sama, ibunya iaitu Fazura meluahkan rasa teruja dengan pemberian istimewa itu di Instagram Storiesnya.
View this post on Instagram
Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.
Menurut Fazura, dia juga mendoakan Tengku Permaisuri Selangor supaya sentiasa dilimpahi rezeki dan kegembiraan dalam kehidupan.
Terdahulu, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga pernah menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.