Tengku Maimun Catat Sejarah Ketua Hakim Negara Wanita Pertama Malaysia

Trending

Tengku Maimun Catat Sejarah Ketua Hakim Negara Wanita Pertama Malaysia

Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa hari ini.

Menurut Awani, pengumuman pelantikan Tengku Maimun dibuat oleh pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Advertisement

Kenyataan itu menyebut, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Perkhidmatan Richard sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berakhir pada 12 April lalu setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

Tengku Maimun pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan. Kini, beliau merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi Ketua Hakim Negara di Malaysia. Pelantikan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...