Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meluahkan rasa murka dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassing yang telah mempertikaikan tugas dan peranan Ayahandanya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda bertugas menjadi Yang di-Pertuan Agong penggal lalu.
Titah Tengku Hassanal, sebagai bekas menteri, kenyataan Muhyiddin itu telah membawa naratif negatif kepada rakyat di mana ia seolah-olah menggambarkan Sultan Abdullah sebagai pemerintah berat sebelah ketika pemilihan Perdana Menteri ke-10.
Kenyataan beliau ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh terima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayan terhadap institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat.
Tambahnya lagi, Al-Sultan Abdullah tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri meskipun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.
Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 disember 2022.
Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Sultan Abdullah semasa baginda memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Berikutan itu, Tengku Hassanal turut menggesa pihak polis mengambil tindakan yang tegas terhadap Muhyiddin yang secara sengaja telah menyentuh sentimen kaum, agama dan raja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.