Tengku Abdullah Keluar FAM, Barisan Exco Turut Keluar Ikut Jejak Presiden?

Trending

Tengku Abdullah Keluar FAM,  Barisan Exco Turut Keluar Ikut Jejak Presiden?

Barisan exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka buat kejutan besar mahu meninggalkan badan induk itu mengikut jejak langkah presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Advertisement

Harian Metro melaporkan seorang sumber dalaman FAM dipetik sebagai berkata, kejutan itu akan dibuat dalam Mesyuarat Exco FAM pada 15 Ogos ini, seandainya hasrat Tengku Abdullah diterima.

“Mereka (exco FAM) rela pemilihan baru diadakan semula. Kemungkinan Kongres Pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 2018 akan dipercepatkan menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), jika bukan Disember ini, mungkin awal tahun depan.

“Tindakan ini dilihat sebagai tanggungjawab bersama barisan kepimpinan dan bukannya atas desakan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Tengku Abdullah bakal meninggalkan badan induk itu tidak lama lagi dan lebih mengejutkan jawatan ditinggalkan itu akan digantikan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, perkara itu belum diputuskan lagi dan masih dalam perbincangan dan ia turut diakui Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Itu kena tunggu dulu selepas mesyuarat exco (FAM),” katanya ringkas ketika ditanya sama ada Tunku Ismail bakal menerajui FAM menggantikan Tengku Abdullah.

Penglibatan Tunku Ismail dalam badan induk bola sepak negara itu dilihat ‘semakin jelas’ apabila Bendahari FAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bertemu dengannya dan membentangkan laporan kewangan persatuan tersebut.

Hamidin ketika ditanya mengenai isu itu hanya berkata:”Berkenaan isu itu saya enggan ulas lagi. Saya akan memberi komen minggu depan berhubung isu itu. Jumpa saya minggu depan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...