Tengah Malam Tanya Fasal Cili, Ayu Damit Tak Kisah Ada Wanita Cuba ‘Himpit’ Suami

Hiburan

Tengah Malam Tanya Fasal Cili, Ayu Damit Tak Kisah Ada Wanita Cuba ‘Himpit’ Suami

Adat berumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Begitulah yang dialami penyanyi dan juga usahawan, Ayu Damit yang khabarnya diganggu wanita yang cuba ingin mendekati suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin.

Ayu Damit
4 minggu lalu

Takut Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak-Anak Disuntik Vaksin COVID-19

Advertisement

Sudah lebih 13 tahun melayari bahtera rumah tangga, Ayu Damit berkata perkara seperti gangguan rumah tangga itu seperti alah bisa tegal biasa dan sudah tiada perasaan sangsi terhadap suaminya itu.

Jelasnya lagi, dia tidak kisah kerana masing-masing sudah pandai berfikir dan dia juga tiada masa untuk terlalu memikirkan soal seperti itu.

Advertisement

Dah 13 tahun bersama, tak ada apa dah yang saya sangsi. Nak fikir bukan-bukan bukanlah masanya. Sekarang ni dah lebih 10 tahun pandai-pandailah nak fikir, anak dah tiga, nak nak, tak nak sudah.

Kata bintang Gegar Vaganza musim ke-7 ini lagi, ada juga wanita yang cuba mendekati suaminya setelah melihat kejayaan mereka suami isteri dalam bisnes dan bidang pertanian.

Cerita Ayu, dia juga merasa pelik apabila seseorang wanita cuba untuk menghubungi suaminya hanya untuk bertanyakan soal cili di waktu tengah malam.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Damit (@ayudamit)

“Kepada wanita di luar sana silakan, cubalah, silalah, Saya tak kisah pun. Saya boleh jumpa anda, sama ada mahu atau tidak bersama dengan saya.” seloroh Ayu.

Sekadar info, Ayu dan suami, Syed Fauzi telah selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal,12, Sharifah Alya Aryana, 9, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusian enam tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 18, 2021 at 7:51 am

    bende2 cmni bicang sendiri2 laki bini bkn kt public.. sok2 org komen tau ko nk melompat. hal2 umahtangga jgn d canang. kalu dh xde cite pasal seni, baik diam je tu lebih baik jgn nk kua hal2 peribadi. nmpk kn dr x cerdik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...