Ketahui Pulau Di Johor Yang Boleh Dilawati Pada Cuti Sekolah Ini

Travel

Ketahui Pulau Di Johor Yang Boleh Dilawati Pada Cuti Sekolah Ini

Sekarang ini tengah musim cuti sekolah, ada antara ibu bapa yang teringin nak bawa anak-anak bercuti di Pulau-pulau. Tetapi masih pening memikirkan pulau mana yang ingin dituju di Malaysia.

Bukan hanya di luar negara mempunyai pulau-pulau yang cantik, tetapi di Johor juga mempunyai beberapa pulau cantik yang kurang diketahui orang.

Advertisement

Mersing adalah pekan kecil yang terletak Johor. Namun Mersing merupakan tempat mendarat para pelancong ke pulau-pulau di Johor.

Antara tarikan yang menarik di pulau-pulau ini semestinya menyelam skuba, snorkeling dan berehat di tepi pantai.

Disini kami senaraikan beberapa pulau yang terletak dekat dengan Mersing:

Pulau Aur

Pulau Aur

Pulau ini adalah sebahagian daripada Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.

Pulau Besar

Pulau Besar

Satu ketika dahulu, pulau ini dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Ini kerana terdapat banyak babi hutan liar di sini, namun kini babi tersebut sudah hilang.

Apa yang menarik anda juga menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil

Perjalanan untuk ke pulau ini mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Dimana air di kepulauaan ini sangat jernih dan pasirnya keemasan bersih.

Ramai mengatakan bahawa Pulau Pemanggil adalah syurga untuk para pemancing laut dalam. Ini kerana terdapat ikan Marlin, ikan Yu, ikan Pari dan ikan Tuna.

Pulau Rawa

Pulau Rawa

Pulau Rawa ialah pulau yang menjadi tumpuan ramai kerana dikenali sebagai Maldives Malaysia. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi.
Apa yang menariknya, pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong di Pulau Tioman.

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi

Dahulunya Pulau tinggi dikenali sebagai Pulau Topi oleh jeneral pelayar China. Pulau ini kaya dengan sejarah singgahan pedagang dan nelayan.

Dari Pulau ini, anda boleh mengakses ke Pulau Sibu.

Pulau Sibu

Pulau Sibu

Di selatan pantai, pulau ini terlindung daripada angin menjadikan air seperti di tasik dan spot yang menyeronokkan untuk mandi. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman.

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau tidak mempunyai penghuni. Jika anda ke sini, muka buminya seperti berada di luar negara. Ini kerana terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat.
Apa yang paling menarik, pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik.

rumah api di puncak bukir

Pulau Harimau gua ringkas dan kolam lagun

 

Pasti seronok dapat bawa anak-anak bermain air sambil menikmati pemandangan laut yang cukup menakjubkan.

 

Sumber: LIBUR

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...