Video dikongsikan seorang wanita ketika dia sedang bekerja telah meraih perhatian dan mencuit hari ramai netizen. Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik telah ke rumah salah seorang pelanggan untuk mencuci dan menggantikan penapis air.
Pada awal video tersebut, dia dilihat sedang mencuci penapis berkenaan menggunakan air di sinki namun tidak semena-mena kemudian pekerjaannya bertambah.
Berdasarkan teks yang ditulisnya di video, tuan rumah berkenaan telah memintanya untuk ‘menjaga’ sambal yang sedang dimasak di atas dapur.
Hang tolong tengok sama sambai makcik atas api tu, makcik nak semayang sat.
@coway_coffee “ok mak cik… ” ☺#penapisaircoway #rezekiallahbagi #mycowayjourney ♬ Nyam Nyam Ketupat – Zizan Razak & Wani Kayrie & Dinda Dania & MissAlvy
Aksinya yang mencuci sambil menggaul sambal di dalam kuali telah mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur serta turut berseloroh wanita itu mempunyai ‘extra job’.
Ada yang berkongsi cerita mereka menjadi segan dan akan berdiam diri di ruang tamu tatkala juruteknik datang ke rumah untuk servis penapis air mereka.
Sesetengah netizen akui akan mengemas dapur dan rumah apabila tiba hari juruteknik datang untuk perkhidmatan mencuci penapis air dan penapis udara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.