Melalui laman TikTok, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki berkongsi momen sayu saat dia menerima berita sedih bahawa ibu tercinta pergi meninggalkannya buat selamanya.
Banyak panggilan masuk tapi tak diangkat
Lelaki terbabit yang sibuk bekerja di sebuah stesen minyak pada masa itu sedang mengecas telefon bimbitnya dan sama sekali tidak melihat telefonnya.
Masa ni tengah buat kerja, telefon cas. Memang tak check langsung. Abang Man pass telefon kata ‘ibu awak telefon banyak kali, dari tadi lagi’.
Dapat dilihat dalam rakaman kamera litar (CCTV) itu, yang pada mulanya berdiri terus terduduk sewaktu membuat panggilan.
Ibu kata ‘ibu tak kuat nak cakap tapi anak ibu kuat kan? ibu nak beritahu yang umi dah tak ada’. MasyaAllah, luluhnya hati masa ni.
Terduduk, ujian yang berat
Selepas mendengar berita terbabit, pemuda itu terus berjalan masuk ke pejabat dan terduduk sekali lagi. Dalam pada dia menangis, seorang wanita yang dipercayai merupakan penyelia cuba menenangkannya.
Namun begitu, berita mengejutkan itu tidak dapat menghentikan air matanya dari mengalir dan menangis teresak-esak.
Tidak memberitahu punca kematian ibu tercinta, lelaki tersebut meluahkan dia masih belum kuat untuk hadapi ujian ini.