Walaupun beberapa kali kisah cintanya kecundang di tengah jalan, pelakon Azri Iskandar tetap terbuka hati untuk kembali menjalani hidup berpasangan.
Mengakui bahawa dia kini sedang menemui cinta baru dan berada dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita, Azri, 56, bagaimanapun lebih berhati-hati untuk berkongsi hal peribadi.
Memang benar saya sedang ‘berkawan’ dengan seorang wanita. Kenal hati budi dulu, kalau sudah betul baru saya cerita.
Takut hendak kongsi macam cerita sebelum ini sebab tidak menjadi. Malu sebab perkara itu diperkatakan. Harap-harap tidaklah jadi seperti itu lagi.
Saya belajar daripada pengalaman, sesuai waktunya barulah boleh bercerita. Nanti nampak macam orang muda sangat, tidak sesuai usia macam saya nak cakap soal cinta.
Azri turut hadir bersama wanita yang kini mencuri hatinya pada sidang media khas bekas isterinya, pelakon Ellie Suriaty di Kuala Lumpur semalam.
Tambahnya lagi, perkenalan beliau dengan kekasih terbaharu mendapat restu bekas isteri serta anak-anaknya kerana wanita tersebut adalah rakan kepada Ellie.
Dia ada bisnes dan merupakan kawan kepada Ellie. Bekas isteri yang minta kami berkawan. Baru kenal dalam dua bulan.
Anak-anak juga tiada masalah untuk saya berkawan dengan sesiapa. Apa yang penting saya sihat dan gembira.
Terdahulu, Azri dan pelakon Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei 2023 selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 20, dan Nur Azreen, 16.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.