Written by Bella | May 3rd, 2019

Sekiranya anda mengambil cuti pada hari Khamis dan Jumaat selepas cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada hari Rabu (1 Mei) lalu, ini bermakna anda mempunyai tempoh 5 hari untuk berehat daripada kesibukan bekerja. Ia adalah satu percutian yang panjang, namun jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah, ia akan berlalu pergi begitu sahaja. Tidur, bangun, makan, mandi, tengok tv, tup-tup dah kena masuk kerja balik dah.

Jadi untuk memastikan cuti anda lebih bermanfaat dan berfaedah, kami senaraikan beberapa aktiviti best dan menarik yang anda boleh lakukan sepanjang percutian tersebut.

1. “Marie Kondo”kan rumah anda

Dengan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengemas rumah anda. Boleh gunakan teknik Marie Kondo “does it spark joy?” untuk membuang mana-mana baju, perabot, buku dan sebagainya yang sudah tidak berguna lagi. Jangan lupa untuk mop rumah, bersihkan kipas, basuh langsir dan jika ada lebihan masa, susunatur kembali perabot untuk menceriakan lagi suasana kediaman anda.

2. Berjumpa kawan lama

Luangkan sehari daripada percutian anda untuk merancang bertemu dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun tidak dihubungi. Sambil minum kopi bersama, anda dapat mengimbau memori lama, ketawa dengan benda gila yang pernah dilakukan dan mengetahui informasi terkini kawan-kawan yang lain.

3. Habiskan menonton siri TV yang tertangguh

Sediakan secawan kopi panas, keropok dan jajan untuk dikunyah, sambungkan telefon anda ke televisyen dan inilah masanya untuk anda habiskan menonton segala siri TV yang anda pernah tengok separuh jalan sahaja. Nak lagi syok buat sound system anda sendiri untuk impak yang lebih maksima. Barulah macam dalam wayang!!

4. Belajar ambil gambar dengan lebih baik

Jika selama ini anda malu untuk memuatnaik gambar yang diambil menggunakan smartphone anda ke sosial media kerana kualitinya yang rendah, inilah masa terbaik untuk “improve”kan skill mengambil gambar anda dengan membaca segala “tips and trick” di https://www.facebook.com/huaweimobilegraphy. Jangan lupa untuk gunakan Huawei Nova 4e sebagai smartphone anda kerana ia hadir dengan kamera ‘selfie’ 32-megapixel dan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 24-megapixel utama, 8-megapixel rakaman sudut-lebar dan 2-megapixel untuk bokeh. Siap ada Smart Camera Asisstant untuk memudahkan anda lagi!!! Confirm semua gambar anda selepas ini sempurna dan cantik-cantik belaka.

5. Membeli-belah dengan lebih ganjaran

Untuk makluman, apabila anda membeli Huawei Nova 4 dan 4e, hadiah-hadiah PERCUMA bernilai RM1,000 akan turut menjadi milik anda. Memang tak masuk akal tetapi ganjaran sebegini memang menjadikan hidup anda lebih bermakna. Inilah masa terbaik untuk anda membawa pulang sebuah smartphone baru. Beli sekarang di https://shop.huawei.com/my/

6. Mulakan gaya hidup sihat dengan bersenam

Salah satu hadiah PERCUMA yang akan menjadi milik anda apabila membeli Huawei Nova 4e sebelum 3 Mei 2019 ialah Huawei Band 3 yang bernilai RM239. Gayakan Huawei Band 3 ini di tangan anda dan mulakan gaya hidup sihat dengan bersenam. Ia akan mengesan kadar degupan jantung, memastikan anda tidur dengan nyenyak, menemani anda menjalani kehidupan seharian dan banyak lagi.

7. Luangkan masa bersama yang tercinta

Sekiranya anda sudah bekeluarga dan mempunyai anak-anak, cuti panjang sebegini adalah masa terbaik untuk anda ber’bonding’. Rancanglah percutian mudah seperti bermain air di Sunway Lagoon, menonton wayang bersama atau balik kampung melawat datuk nenek. Jangan lupa untuk abadikan detik indah bersama keluarga tercinta dengan Huawei Nova 4e yang baru anda miliki. Pasti ia menjadi satu kenangan terindah buat anda seisi keluarga.

2 responses to Tengah Bercuti Panjang? Ini 7 Benda Best Yang Anda Boleh Lakukan

  1. anti rasuah jerit ketuanan melayu says:

    tanya zizie…dia kan kerap bercuti…. hahahaa

    0

    0

Leave a Comment

Optional